Blogger Layouts

Thursday, 27 December 2012

PRO FORMA KURSUS

BMM3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer.

Hasil Pembelajaran

1. Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.

2. Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.

3. Membina tapak pembelajaran yang mudah.

4. Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.

5. Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam p&p bahasa Melayu.

6. Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.


Sinopsis:


Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.


Tajuk-tajuk :


1 Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
• Menggunakan web, video, audio, dan imej
• Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
• Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.

2 Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
• Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
• Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

3 Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
• Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
• Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint

4 Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
• Memilih bahan sastera
• Memilih bahan tatabahasa
• Memilih bahan bidang ilmu lain

5 Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
• Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
• Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
• Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
• Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.

6 Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
• Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
• Struktur Linear
• Struktur Rangkaian

7 Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
• Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
• Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.
• Membina bahan.

8 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
• Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
• Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran

9 Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman
• Prosedur pengeditan
• Prinsip pengeditan
• Melaksanakan pengeditan
• Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa.

10 Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
. Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
. Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
. Membina bahan video dan audio
. Menggunakan persian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar bertutur dan membaca.

11 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
• Konferensi secara dalam talian
• Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur, membaca, dan menulis.

12 Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu
• Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
• Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan

13 Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
• Menggunakan animasi perkataan dan objek PowerPoint
• Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
• Memanipulasi animasi dalam persembahan

14 Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu
• Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
• Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
• Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran

15 Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
• Mengadakan seminar
• Mengadakan pameran

Monday, 5 March 2012

MINGGU 4 Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu


CONTOH BAHAN SASTERA

BIMBINGAN BERKARYA - PANTUN
PENGENALAN
Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan,                               "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna                               seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan                                    pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan               pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.
Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan                          dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam                            majlis-majlis rasmi.  Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun                        berkait dan pantun tidak berkait.
Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat.                                     Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat,                   pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat.                          Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat.
Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun.                                Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada                          keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua                               dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun.
Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya                      mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:
Sebab pulut santan terasa,
        Sebab mulut badan binasa. 
 
Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.
Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang                     penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan           dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk                       menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang                       berkias.
KANDUNGAN PANTUN MELAYU
Pembayang atau sampiran
Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun.         Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada          maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan         pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.
Maksud atau isi
Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap                     rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa                              yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema).
Perkataan
Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.
Suku kata
Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.
Rima atau bunyi
Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun.  Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun.  Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a. 
Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh pantun yang baik :
Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,
 Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,
 Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,
 A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.
 
CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK
Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
  • mengandungi 4 kerat/baris
  • jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan
  • jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata
  • ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas)                                                                      dan maksud    (2 baris di bawah)
  • bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah                                                           sama- a,b,a,b .
  • bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak                        menggunakan unsur alam.
  • maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral                                                          dan falsafah hidup
  • sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan                                                                 rangkap, ada pembayang dan maksud,                                                                                           mempunyai nilai hidup masyarakat yang                                                             menggambarkan perspektif masyarakat                                                                             yang melahir dan menggunakannya.

JENIS-JENIS PANTUN

  Pantun 4 kerat (jenis paling popular)
FUNGSI PANTUN
DI MANA ORANG BERPANTUN?
 


CONTOH BAHAN TATABAHASA


Kata Tunggal

Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar yakni tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan kata tunggal dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan bentuk terbitan.
Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata.

Contoh:
satu suku kata – am, dan, roh, skru
dua suku kata – itu, ubi, aku
Berasaskan perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis:
  • Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang bermakna. Contoh : orang, gitar, pen, botol
  • Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh : dari, dan, pada, demi, untuk
  • Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu.

Contoh :
berdikari – berdiri di atas kaki sendiri
komuter – keretapi berkomputer
kugiran – kumpulan gitar rancak
pawagam – panggung wayang gambar


RAGAM AYAT
1. Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat.
2. Subjek ialah perkara yang diceritakan.
3. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ).
4. Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang sempurna.
Contoh :

SUBJEK
PREDIKAT
Afendi
guru
Kakak
menyapu sampah
Ibrahim
bermain bola sepak
Zulkfli
minum teh
Ayam itu
asyik berkokok

Ragam Ayat
1. Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:
                        (a) ayat penyata;
                        (b) ayat tanya;
                        (c) ayat perintah;
                        (d) ayat seruan.
2. Keterangan dan contoh ayatayat tersebut adalah seperti berikut:
 (a) Ayat penyata
1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerang­kan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya.
            Contohnya:
                        i.  Kakak sedang menyiram bunga.
                        ii. Lembu itu akan dijual.
Budak-budak itu bermain di tepi longkang.
    
(b) Ayat tanya
1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.
2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :
            a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
            b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.
Contohnya
i.  Berapakah harga kasut itu?
ii.  Sudahkah adik minum susu?
iii. Bagaimanakah layanglayang itu dibuat?
Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa.
2. Diakhiri dengan partikel -kah.
Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.
2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )
contoh : Kamu belum hantar buku itu ?

(c) Ayat perintah
1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.
Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
2. Ayat perintah terbahagi kepada
a. Ayat Suruhan
b.Ayat Permintaan
c.Ayat Larangan
d.Ayat Silaan

Contohnya:
a. Ayat Suruhan
1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.
Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.
            Turunlah dari sini sekarang juga.
Cuci kasut kamu. (suruhan)
b. Ayat Permintaan
1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.
Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
            Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.
Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)
c. Ayat Larangan
1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .
2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
Contoh : Jangan minum air itu.
            Usahlah menangis lagi.
Jangan petik bungs itu.(Iarangan)
d. Ayat Silaan
1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
3. Partikel -lah boleh digunakan.
Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.
            Jemputlah menikmati
Datanglah ke rumah saya. (silaan)
(d) Ayat seruan
Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.
Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! )
3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.
4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
Contohnya:
i.Amboi, cantiknya baju kamu!
ii.Aduh, sakitnya perut aku!
Oh, dia sudah pergi ke sekolah !
2 Ayat Aktif dan Ayat Pasif
1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men. Contohnya:
(a) Emak memasak nasi. dan sebagainya
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.
2. Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya……
(a) tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua. Contohnya:
            i. Bola itu saya tendang.
            ii. Borang itu perlu anda isi.
(b)berawalan di dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga. Contohnya: Baju itu dibasuh oleh kakak.
3. Ayat pasif terdiri daripada:
(a) ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
(b)        ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
(c)        ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di, diikuti kata sendioleh serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.
4.         Keduadua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza.
Contohnya:
Ayat Aktif
Apt Pasif Diri Pertama
(a) Saya mencuci kasut sekolah.
(b) Kita menerima keputusan itu.
(c) Aku akan memetik bunga itu.
(d) Kami sudah menyusun jadual itu.
(a) Kasut sekolah saya cuci.
(b) Keputusan itu kita terima.
(c) Bunga itu akan aku petik.
(d) Jadual itu sudah kami susun.

Ayat Aktif
Ayat Pasif Diri Kedua
(a) Anda harus menyiapkan kerja itu.
(b) Awak mesti menyerahkan surat itu.
(c) Engkau patut memulangkan duitnya.
(d) Kamu perlu membaiki kereta itu.
(a) Kerja itu harus anda siapkan.
(b) Surat itu mesti awak serahkan.
(c) Duitnya patut engkau pulangkan.
(d) Kereta itu perlu kamu baiki.

Ayat Aktif
Ayat Pasif Diri Ketiga
(a) Mereka mengecat bangunan.
(b) Baginda meminta rakyat supaya
bersabar.
(c) Beliau mengarahkan orang ramai
supaya beratur.
(d) Dia sedang menjahit baju.
(a) Bangunan dicat oleh mereka.
(b) Rakyat diminta oleh baginda supaya
bersabar.
(c) Orang ramai diarahkan oleh beliau
supaya beratur.
(d) Baju sedang dijahit olehnya.

AYAT AKTIF
AYAT PASIF
Ali membaca buku itu.
Buku itu dibaca oleh Ali.
Ibu memasak nasi lemak.
Nasi lemak dimasak oleh ibu.
Kita mesti mendengar nasihat guru kita.
Nasihat guru kita mesti kita dengar.
Salmah memukul adiknya dengan kuat.
Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.
Yusof membawa kerusi patah.
Kerusi patah dibawa oleh Yusof.

Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa mengubah maksudnya.3 Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
            Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud asalnya.
2.         Dalam penulisan, tanda petik
            ("...") digunakan untuk cakap ajuk.
3.         Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan bahasa tanpa mengubah maksudnya.
4.         Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah.
5.         Perhatikan perbezaan antara cakap ajuk dengan cakap pindah di bawah ini.
Cakap Ajuk
Cakap Pindah
1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang dilaporkan semula sebagaimana asalnya dituturkan.
2. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan.
3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda pembuka kata dan diakhiri dengan tanda penutup kata  ( “ …….. “ )
1. Cakap Pindah ialah perkataan atau percakapan yang dilaporkan semula tetapi tidak sebagaimana yang dituturkan.
2. Terdapat perbezaan stuktur atau susunan perkataan-perkataan dalam ayat.
3. Walaubagaimanapun , maksud atau susunan perkataan sama.
  1. "Cuci baju kamu," kata ibu kepada Ani.
  2. Cikgu berkata, "Mengapa tidak hadir semalam, Hafizi?"
  3. "Datanglah ke rumah saya malam ini, Encik Azman," kata Encik Lim.
  4. “ Di manakah awak letakkan beg itu ? ” tanya Cikgu Azmi kepada Sunita.
  5. Kata nenek kepada Siti, “ Begini cara membuat kuih Bahulu.”
  6. Kata Hassan kepada Faizal , “ Ini buku awak. ”
  7. “ Ayam itu lapar,” kata Asmah.
  8. “ Berikan bola ini kepada Zainal Abidin,” kata Dollah Salleh.
  1. Ibu menyuruh Ani mencuci bajunya.
  2. Cikgu bertanya kepada Hafizi sebab dia tidak hadir semalam.
  3. Encik Lim mempersilakan Encik Azman ke rumahnya pada malam nanti.
  4. Cikgu Azmi bertanya kepada Sunita di mana dia meletakkan beg itu.
  5. Nenek berkata kepada Siti bahawa begitu cara membuat Kuih Bahulu.
  6. Hassan menyatakan kepada Faizal bahawa itu buku dia.
  7. Asmah menyatakan bahawa ayam itu lapar.
  8. Dollah Salleh menyuruh agar bola itu diberikan kepada Zainal Abidin.
6.         Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkara-perkara
            berikut perlu diubah atau diberi perhatian.
Cakap Ajuk
Cakap Pindah
saya, aku, hamba
beta
kami, kita
anda, awak, kamu, engkau
dia
beliau
mereka
ini
itu
sini
begini
demikian ini
sekarang
malam tadi
semalam
hari
ini
esok
dia, ia, nya, beliau
baginda
mereka
saya, dia, nya
dia
beliau
mereka
itu
itu
situ, sana, tempat itu
begitu
demikian itu
masa itu, ketika itu
malam semalamnya
semalamnya
hari itu
esoknya, keesokan harinya, hari itu
AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
            Subjek    =  Lelaki gemuk itu
            Predikat  =  sedang menembak burung.
Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
            B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
            C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.  ( Ayat Majmuk )
PEMAJMUKAN
Kata Majmuk
1.         Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya.
2.         Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
3.         Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
4.         Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masingmasing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan.
5.         Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patch kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampirhampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi.
6.         Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.
Bentuknya
7.         Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.
8.         Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya.
9.         Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.
10.        Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.
11.        Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelas seperti
yang berikut:
(a) kata nama majmuk;
(b) kata bilangan majmuk;
(c) kata adjektif majmuk;
(d) kata kerja majmuk;
(e) kata sendi majmuk;
(f) kata keterangan majmuk;
(g) Kata hubung majmuk.
12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama. Contoh kata nama majmuk, antara yang lain-lain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.
13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh.
14.        Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.
15.        Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan. Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.
16.        Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.
17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari.
18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.
19 Kata hubung majmuk, antara yang lainlain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.
Tugasnya
20.        Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:
            (a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.
air (kata nama) + mata (kata nama)
air mata (kata nama)
lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif)
lemah lembut (kata adjektif)
mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja)
mogok duduk (kata kerja)
dari (kata sendi) + pada (kata sendi)
daripada (kata sendi)
(b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya:
apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya)
apabila (kata nama)
alim (kata adjektif) + ulama (kata nama)
alim utama (kata nama)
gulung (kata kerja) + tikar (kata nama)
gulung tikar (kata kerja)
tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama)
tumbuk rusuk (kata nama)
cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif)
cerdik pandai (kata nama)
lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja)
lalu lintas (kata nama)
banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama)
banyak mulut (kata adjektif)
lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif)
lambat laun (kata keterangan)
Maknanya
21.        Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:
(a) kata majmuk wajar; 
(b) kata majmuk kiasan
                       
22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya. Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur.
23.        Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada katakata yang menjadi komponennya.
Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan buah ataupun hati.
Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.
24.        Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.
adat istiadat
alih bahasa
bahasa pasar
bakul sampah
batang hidung
cakera padat
cantik jelita
daya cipta
dengki hati
emas putih
esok hari
gagah berani
galah canggah
rendah hati
sabun mandi
sihat akal
gunung api
hancurlebur
harga borong
hitam manis
ikan parang
inti sari
isi perut
juling air
kaca mata
kerak bumi
otak depan
olah raga
pagar duri
pindah tangan
rabun jauh
tahan lasak
kongsi gelap
lampu duduk
lipat ganda
lubang hidung
mabuk taut
merah jambu
minyak makan
naik takhta
nenek moyang
orang gaji
tuan rumah
udang galah
uji kaji
wang saku
warta berita
zat air
24.        Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.
akal kancil
anak angkat
anak baju
anak emas
anak kunci
batu loncatan
banyak mulut
buah mulut
bulan madu
cahaya mata
cakap angin
campur tangan
cekak musang
dapur susu
mata hari
naik darah
nyawa ikan
otak udang
tangan besi
timbang rasa
darah daging
datang bulan
daun pintu
emas kahwin
embun jantan
filem bisu
gaji buta
gantung kemudi
gatal mulut
gunung payung
habis akal
lalat hijau
lebar mulut
lemah semangat
lepas tangan
main angin
malam buta
sampai hati
tali barut
tanah air
hajat besar
harga diri
ibu ayam
isi hati
jalan bahasa
jauh hati
kaki tangan
karat hati
kata dua
kecil hati
kereta api
papas hati
panjang tangan
pasar gelap
patah hati
rendah hati
sagu hati
sakit hati
tumbuk rusuk
 



CONTOH BAHAN BIDANG ILMU LAIN

PENGENALAN DAN SEJARAH SUKAN BOLASEPAK


Bola sepak ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia. Permainan ini dikenali sebagai soccer di Amerika Syarikat untuk membezakannya dengan kod-kod "football" lain. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah FIFA, atau Persekutuan Antarabangsa Bola Sepak (B. Inggeris: International Federation of Association Football, B. Perancis: Fédération Internationale de Football Association)
Sejarah
Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.
Follow up:
Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini.
Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.
Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.
Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

Taktik
Peraturan perlawanan tidak menspesifikkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol. Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain yang spesifik telah berubah. Mereka termasuklah:
*
pertahanan - pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol pasukan lawan.
*
pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat awal.
*
penyerang - pemain-pemain yang berperanan untuk menjaringkan gol.
Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain banyak menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah kiri.
Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam bahagian spesifik di padang; bagaimanapun; mereka tidak dikekang oleh peraturan sukan dan boleh berubah kedudukan pada bila-bila masa. Ini juga boleh digunapakai oleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan kebanyakan masa perlawanan berhampiran dengan gol tetapi boleh melibatkan diri dalam permain berpasukan. Ini biasanya hanya berlaku pada tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu.
Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Untuk menggambarkan satu formasi tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang kedua adalah bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga adalah bilangan penyerang. Formasi yang popular dalam bola sepak moden termasuklah 4-4-2,4-3-3,3-5-2, 3-4-3, dan 4-5-1.
Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.
CARA PERMAINAN
Bola sepak adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol adalah hasil hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti.
Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap sama (draw). Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa berlebihan, extra time) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan.
Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan.
PADANG PERMAINAN
Ukuran
Padang hendaklah berbentuk segi empat tepat. Garisan tepi hendaklah lebih panjang dari garisan gol.
Panjang : Minimum : 90 m( 100 ela)
Maksimum : 120 m ( 130 ela)
Lebar : Minimum : 45 m( 50 ela)
Maksimum : 90 m ( 100 ela)
Perlawanan Antarabangsa
Panjang : Minimum : 100 m(110 ela)
Maksimum : 110 m ( 120 ela)
Lebar : Minimum : 64 m( 70 ela)
Maksimum : 75 m( 80 ela)
Tanda-tanda
Padang permainan hendaklah ditandakan oleh garisan. Garisan ini adalah sebahagian dari kawasan yang diliputinya sebagai sempadan.
Dua garisan sempadan yang lebih panjang adalah garisan tepi. Dua garisan yang pendek adalah garisan gol.
Semua garisan tidak melebihi 12 sentimeter ( 5 inci) lebarnya.
Padang permainan dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah.
Pusat padang hendaklah ditandakan di pertengahan garisan tengah. Satu bulatan berjejari 9.15 meter (10 ela) ditandakan mengelilinginya.
Kawasan Gol
Satu kawasan gol penalti dikenal pasti pada kedua-dua penghujung padang seperti berikut :
Dua garisan hendaklah ditanda bersudut tepat dengan garisan gol, 16.5 meter (18 ela) dari bahagian dalam tiang-tiang gol. Garisan-garisan ini hendaklah dipanjangkan 16.5 meter (18 ela) ke dalam padang permainan dan disambungkan dengan satu garisan yang selari dengan garisan gol. Kawasan yang disempadankan oleh garisan-garisan ini dan garisan gol ialah kawasan penalti.
Di dalam setiap kawasan penalti satu tanda penalti dibuat 11 meter (12 ela) dari pertengahan garisan gol di antara tiang-tiang gol dan sama jarak darinya. Suatu garisan lengkuk berjejari 9.15 meter (10 ela) ditandakan dari setiap penalti di luar kawasan penalti
Tiang bendera
Satu tiang bendera, tidak kurang dari 1.5 meter ( 5 kaki) tingginya, bahagian atasnya tidak ditajamkan dan suatu bendera diletakkan pada setiap penjuru.
Tiang bendera boleh juga diletakkan di penghujung garisan tengah, tidak kurang daripada 1 meter (1 ela) di luar garisan tepi.
Lengkuk Penjuru
Suatu suku bulatan dengan jejari 1 meter(1 ela) dari setiap tiang bendera penjuru ditandakan di dalam padang permainan.
Tiang dan Palang Gol
Tiang-tiang gol hendaklah di pertengahan setiap garisan gol.
Ia mengandungi dua tiang tegak yang sama jaraknya dari tiang bendera penjuru dan disambungkan di
bahagian atasnya oleh suatu oleh palang melintang di mana jarak di antara kedua-dua tiang gol ialah 7.32 meter ( 8ela) dan jarak dari bahagian bawah palang gol ke tanah ialah 2.44 meter ( 8 kaki).
Kedua-dua tiang gol dan palang gol mempunyai lebar dan tebal yang sama iaitu tidak melebihi 12sm (5 inci). Garisan gol hendaklah sama lebarnya dengan tiang dan palang gol. Jaring boleh dipasang kepada gol dan bahagian tanah di belakang gol, dengan syarat ia disokong dengan betul dan tidak mengganggu penjaga gol.
Tiang dan palang gol hendaklah berwarna putih.
Keselamatan
Kedua-dua gol hendaklah dipacakkan dengan kukuh ke tanah. Tiang-tiang gol jenis bolehubah boleh digunakan jika ia memenuhi keperluan ini.
Keputusan-keputusan Yang Ditetapkan FIFA
Jika palang gol terjatuh atau patah, permainan hendaklah diberhentikan sehingga ia diperbaiki atau diletakkan semula. Jika usaha membaikinya tidak dapat dilaksanakan, perlawanan hendaklah ditangguhkan. Kegunaan tali sebagai ganti palang gol adalah tidak di benarkan.
Tiang dan palang gol mestilah di perbuat daripada kayu, logam atau sebarang bahan yang di luluskan. Ia berbentuk empat segi sama, segi empat tepat, bulat atau bulat bujur dan tidak berbahaya kepada pemain.
Sebarang bentuk pengiklanan, sama ada jelas atau samar-samar yang ada kaitan tidak dibenarkan di atas padang permainan dan peralatan padang (termasuk jaring gol dan kawasan yang diliputinya) dari masa kedua-dua pasukan masuk ke dalam padang sehingga tamat perlawanan.
Penghasilan semula logo atau lambang FIFA, persekutuan, persatuan kebangsaan, liga kelab atau badan-badan lain, sama ada secara jelas atau samar-samar tidak dibenarkan di atas padang permainan, peralatan padang (termasuk jaring gol dan kawasan meliputinya) semasa masa permainan.
BILANGAN PEMAIN
Perlawanan bolasepak dimainkan oleh dua pasukan, setiap pasukan menurunkan tidak lebih dari 11 pemain dan salah seorang menjadi penjaga gol. Perlawanan tidak boleh dimulakan jika salah satu pasukan menpunyai kurang dari 7 pemain.
Perlawanan-Perlawanan Rasmi
Tiga pengganti maksimum boleh digunakan di dalam sebarang perlawanan rasmi dikelolakan di bawah naungan FIFA, persekutuan atau persatuan kebangsaan.
Peraturan pertandingan mesti menyatakan bilangan pengganti yang dinamakan, dari tiga hingga tujuh maksimumnya.
Perlawanan-Perlawanan Lain
Di dalam perlawanan lain, sehingga lima pengganti boleh digunakan, dengan syarat pasukan-pasukan berkenaan mencapai persetujuan mengenai bilangan maksimumnya, dan pengadil diberitahu sebelum permulaan perlawanan.
Jika pengadil tidak diberitahu atau tiada persetujuan tercapai sebelum permulaan perlawanan, tidak lebih dari tiga penggantian dibenarkan.
Semua Perlawanan
Di dalam semua perlawanan nama pemain pengganti mestilah diserahkan kepada pengadil sebelum permulaan perlawanan. Pengganti yang tidak dinamakan tidak boleh mengambil bahagiandi dalam perlawanan tersebut.
Prosedur Penggantian
Untuk mengganti seseorang pemain oleh pengganti, keadaan berikut mestilah diperhatikan :
Pengadil diberitahu sebelum sebarang penggantian dibuat.
Pengganti hanya masuk setelah pemain yang digantinya keluar, dan setelah menerima isyarat dari pengadil
Pengganti hanya masuk padang di garisan pertengahan padang semasa pemberhentian permainan.
Suatu penggantian telah lengkap apabila pengganti telah masuk padang
Pertukaran Penjaga Gol
Mana-mana pemain boleh bertukar tempat dengan penjaga gol, dengan syarat pengadil diberitahu sebelum pertukaran itu dibuat dan pertukaran itu dibuat semasa bola di luar kawasan permainan
Jika pengganti masuk padang tanpa kebenaran pengadil :
Permainan diberhentikan
Pengganti diberi amaran, dilayangkan kad kuning, dan diperlukan untuk keluar dari padang
Permainan dimulakan dengan jatuhan di mana bola berada semasa permainan dihentikan.
PERALATAN PEMAIN
Seseorang pemain tidak dibenarkan menggunakan atau memakai sebarang peralatan berbahaya kepada diri sendiri atau pemain-pemain lain (termasuk barang kemas).
Peralatan Asas
Peralatan asas yang diwajibkan untuk seseorang pemain adalah :
Jersi atau baju
Seluar pendek – jika seluar pendek thermal digunakan, warnanya hendaklah menyerupai warna utama seluar pendeknya.
Stoking
Shinguard
Alas kaki
Shinguard
Dilitupi keseluruhannya oleh stoking
Dibuat daripada bahan yang sesuai (getah, plastic, atau bahan yang sesuai)
Memberikan perlindungan pada darjah yang munasabah
Penjaga Gol
Setiap penjaga gol hendaklah memakai warna jersi yang membezakan dirinya dari pemain-pemain lain, pengadil dan penolong pengadil, serta sepasang sarung tangan.
JANGKAMASA PERMAINAN
Tempoh masa permainan
Perlawanan hendaklah mengandungi dua bahagian masa yang sama selama 45 minit, kecuali jika ada persetujuan bersama di antara pengadil dan kedua-dua pasukan yang mengambil bahagian. Sebarang persetujuan untuk mengubah tempoh masa permainan (contohnya mengurangkan masa permainan kepda 40 minit keranan kekurangan cahaya) mestilah dibuat sebelum permulaan permainan dan mematuhi peraturan pertandingan.
Rehat Separuh Masa
Pemain-pemain adalah berhak untuk berehat pada separuh masa.
Masa rehat tidak boleh melebihi 15 minit
Tempoh masa rehat hanya boleh diubah dengan persetujuan pengadil.
Peruntukan Masa Kecederaan
Peruntukan hendaklah dibuat pada setiap separuh masa untuk semua masa yang terbuang akibat :
Penggantian
Meninjau kecederaan pemain
Pengeluaran pemain tercedera dari padang permainan untuk rawatan
Membuang masa
Sebab-sebab lain
Sepakan penalti
Masa tambahan dibenarkan untu sepakan penalty yang diambil pada akhir setiap separuh masa, atau pada akhir masa tambahan.
Masa Tambahan
Peraturan pertandingan boleh memperuntukkan dua masa tambahan untuk dimainkan
Penangguhan Perlawanan
Sesuatu perlawanan yang ditangguhkan mestilah dimainkan semual kecuali peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya.
PERMULAAN DAN PERMULAAN SEMULA PERMAINAN
Syiling dilambungkan dan pasukan yang menang dalam lambungan syiling akan memilih bahagian gol yang akan diserang pada separuh masa.
Pasukan pihak lawannya pula akan membuat sepak mula untuk memulakan permainan.
Pasukan yang menang lambungan syiling pula akan memulakan separuh masa kedua.
Pada separuh masa kedua, pertukaran tempat untuk menyerang ke gol lawan akan dibuat.
Sepak Mula
Sepak mula ialah suatu cara untuk memulakan semula permainan.
pada permulaan permainan
selepas suatu gol dijaringkan
pada permulaan separuh masa kedua
Prosedur
Semua pemain berada di kawasannya sendiri.
Pihak lawan kepada pasukan yang membuat sepak mula berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) dari bola sehingga ia berada dalam permainan.
Bola berkeaddan tetap di tanda tengah
Pengadil memberikan isyarat
Bola dikira dalam permainan sebaik saja ia disepak dan bergerak ke hadapan
Penyepak tidak boleh menyentuh bola buat kali kedua sehinggalah ia disentuh oleh pemain lain.
Selepas suatu pasukan membuat jaringan gol, pasukan lawannya akan membuat sepak mula.
Kesalahan-kesalahan / Hukuman
Jika penyepak menyentuh bola buat kali kedua sebelum ia disentuh pemain lain, sepakan percuma tidak terus diberikan kepada pihak lawan, manakala untuk kesalahan-kesalahan lain dalam prosedur sepak mula, sepak mula dibuat semula.
Jatuhan Bola
Jatuhan bola adalah suatu cara untuk memulakan semula selepas pemberhentian sementara yang diperlukan, semasa bola di dalam permainan, untuk sebab-sebab tidak disebut di mana-mana bahagian undang-undang permainan.
Prosedur
Pengadil menjatuhkan bola di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan dengan permainan dimulakan semula sebaik sahaja bola menyentuh tanah.
Bola dijatuhkan semula jika ia disentuh oleh pemain sebelum ia menyentuh tanah, ataupun bola terkeluar dari padang permainan setelah ia menyentuh tanah, tanpa disentuh mana-mana pemain.
BOLA DI DALAM DAN LUAR PERMAINAN
Bola berada di luar permainan apabila keseluruhan bola telah keluar dari garisan gol atau garisan tepi sama ada di tanah atau di udara, dan permainan perlu dihentikan pengadil.
Bola sentiasa berada di dalam permainan, termasuk apabila ia melantun daripada tiang gol, palang gol atau tiang bendera penjuru yang berada di padang permainan.
Bola juga dikira berada dalam permainan apabila Ia melantun dari pengadil atau penolong pengadil semasa mereka berada di dalam padang permainan.
CARA MENENTUKAN JARINGAN
Suatu gol dijaringkan apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol, di antar kedua-dua tiang gold an di bawah palang gol, dengan syarat tiada pelanggaran undang-undang permainan dilakukan oleh pasukan yang menjaringkan gol.
Pasukan Menang
Pasukan yang menjaringkan bilangan gol yang lebih semasa perlawanan ialah pemenang. Jika kedua-dua pasukan menjaringkan bilangan gol yang sama, atau tiada gol dijaringkan, perlawanan dikira seri.
Peraturan Pertandingan
Untuk perlawanan yang berkesudahan seri, peraturan pertandingan boleh menyatakan tatacara termasuk masa tambahan, atau prosedur-prosedur lain yang diluluskan oleh Lembaga Antarabangsa Persatuan Bolasepak untuk menetukan pemenang perlawanan.
OFFSAID
Tidak menjadi kesalahan dengan sendirnya jika berada dalam kedudukan offsaid.
Seseorang pemain berada dalam kedudukan offsaid jika dia berada lebih hampir dengan kawasan gol pasukan lawan daripada bola dan pemain lawan yang kedua akhir.
Seorang pemain tidak berkedudukan offsaid jika dia berada dalam kawasan padang permainannya sendiri, separas dengan pemain lawan yang kedua akhir atau berada separas dengan dua pemain lawan yang terakhir.
Offsaid tidak berlaku jika pemain menerima bola terus daripada suatu sepakan gol, lontaran ke dalam ataupun sepakan penjuru.
Untuk sebarang kesalahan offsaid, pengadil akan memberikan sepakan percuma tidak terus kepada pasukan lawan.
KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN
Kesalahan-kesalahan dan kelakuan tidak bersopan dihukum seperti berikut :
Sepakan Percuma Terus
Diberikan kepada pasukan lawan jika seseorang pemain melakukan salah satu dari kesalahan berikut dengan cara yang dianggap oleh pengadil sebagai cuai, gegabah atau melibatkan daya yang tidak berpatutan :
menendang atau cuba menendang pemain lawan
membentes pemain lawan
melompat ke pemain lawan
merempuh pemain lawan
menolak pemain lawan
memukul atau cuba memukul pemain lawan
memegang pemain lawan
meludah pemain lawan
memegang bola dengan sengaja (kecuali penjaga gol di dalam kawasan penaltinya)
melakukan bentesan untuk mendapatkan bola, tetapi melakukan sentuhan ke atas pemain lawan terlebih dahulu sebelum menyentuh bola.
Sepakan Penalti
Diberikan apabila kesemua kesalahan yang disenaraikan di atas dilakukan di dalam kotak penalti, tanpa mengambil kira kedudukan bola, dengan syarat bola berada dalam permainan.
Sepakan Percuma Tidak Terus
Diberikan kepada pasukan lawan jika penjaga gol, di dalam kawasan penaltinya , melakukan kesalahan-kesalahan berikut :
mengambil lebih dari empat langkah semasa mengawal bola di tangannya, sebelum melepaskannya dari kawalan.
Memegang bola semula dengan tangannya setelah bola dilepaskan dari kawalannya dan belum disentuh pemain lain.
Memegang bola dengan tangan setelah ia ditendang dengan sengaja oleh rakannya kepadanya.
Menerima bola dengan tangannya setelah menerimanya terus dari lontaran ke dalam rakan sepasukan.
Membuang masa
Sepakan percuma tidak terus juga diberi sekiranya :
bermain dengan cara berbahaya
menghalang gerakan pemain lawan
menghalang penjaga gol melepaskan bola dari tangannya
Hukuman (Kad Kuning)
Seorang pemain diberikan amaran dan dilayangkan kad kuning apabila dia melakukan salah satu dari kesalahan berikut :
berkelakuan tidak bersemangat kesukanan
membantah keputusan pengadil dengan perkataan atau perbuatan
sentiasa melanggar undang-undang permainan
melambat-lambatkan permulaan semula permainan
gagal menghormati jarak yang diperlukan semasa permainan dimulakan semula dengan sepakan sudut atau sepakan percuma.
Masuk atau masuk semula ke padang tanpa kebenaran pengadil
Keluar dengan sengaja dari padang tanpa kebenaran pengadil
Melakukan lakonan dengan niat memperngaruhi pengadil.
Hukuman (Kad Merah)
Seseorang pemain diperintahkan keluar padang atau dilayagkan kad merah apabila melakukan kesalahan berikut :
bermain dengan amat kasar
berkelakuan ganas
meludah kepada pemain lawan atau orang lain
menafikan peluang jaringan sesuatu pasukan dengan sengaja memegang atau menampan bola di dalam kotak penalty / di atas garisan gol.
Menerima kad kuning kedua dalam perlawanan sama
Menghalang pemain lawan menjaringkan gol dengan melakukan bentesan keras di dalam kotak penalty, yang boleh diberi sepakan penalty.
Menghina atau menyinggung pengadil dengan kata-kata kesat.
JENIS-JENIS SEPAKAN PERCUMA
Terdapat dua jenis sepakan percuma, sepakan percuma terus atau tidak terus di mana untuk kedua-dua sepakan, penyepak tidak boleh menyentuh bola untuk kali kedua sehingga ia telah dimainkan oleh pemain lain.
Sepakan Percuma Terus
Jika gol dijaringkan melalui bola yang disepakkan terus ke gol pasukan lawan, gol itu dikira.
Sepakan Percuma Tidak Terus
Pengadil mengisyaratkan sepakan percuma tidak terus dengan mengankat sebelah tangan lurus ke udara, dia mengekalkan kedudukan tangannya sehinggalah sepakan percuma tersebut dibuat dan bola telah disentuh pemain lain.
Sekiranya sepakan percuma tidak terus dibuat terus ke dalam gol tanpa ada sentuhan pemain lain, gol itu tidak dikira, gol hanya dikira jika sepakan percuma yang dibuat itu disentuh pemain lain terlebih dahulu.
PENENTUAN MELALUI SEPAKAN PENALTI
Penentuan melalui sepakan penalti adalah salah satu cara menentukan pemenang sekiranya perlawanan berkesudahan seri di mana :
Pengadil memilih gol untuk sepakan diambil.
Pengadil membuat lambungan syiling dan pasukan yang menang akan membuat sepakan pertama.
Pengadil menyimpan semua catatan tentang sepakan yang dibuat.
Kedua-dua pasukan akan membuat lima sepakan, tertakluk kepada syarat-syarat berikutnya.
Sepakan dibuat secara berselang-seli.
Sekiranya salah satu pasukan sudahpun memperoleh jaringan yang lebih berbanding lawannya sebelum lima sepakan dibuat, dan pasukan yang ketinggalan dilihat sudah tidak mampu memintas jaringan berkenaan, maka penentuan boleh ditamatkan.
Sekiranya selepas lima sepakan kedudukan masih terikat, kedua-dua pasukan perlu diteruskan mengikut urutan yang sama sehinggalah terdapat pasukan yang menjaringkan lebih gol menerusi jumlah sepakan yang sama.
Penjaga gol yang tercedera semasa penentuan sepakan penalti dan tidak berupaya meneruskan aksi, boleh digantikan dengan syarat pasukannya belum menghabiskan bilangan penggantian maksimum dibenarkan.
Setiap sepakan mestilah dibuat oleh pemain yang berlainan dan semua pemain yang layak mestilah membuat sepakan sebelum mana-mana pemain dibenarkan membuat sepakan kedua.
Hanya pemain-pemain dan pegawai pegawai perlawanan yang layak sahaja dibenarkan berada di atas padang permainan semasa sepakan dibuat
Semua pemain mestilah berada dalam bulatan tengah padang kecuali pemain yang membuat sepakan dan kedua-dua penjaga gol
Penjaga gol pasukan penyepak hendaklah berada di dalam padang permainan, di luar kawasan penalty di mana sepakan dibuat.
SEPAKAN SUDUT / PENJURU
Sepakan penjuru diberikan apabila keseluruhan bola, yang akhir sekali disentuh oleh pemain pasukan yang bertahan melintasi garisan gol sama ada di tanah atau udara
Prosedur
Bola diletakkan di lengkuk penjuru pada tiang bendera penjuru terdekat
Semua pemain lawan berada sekurang-kurangnya 10 ela dari bola sehingga bola berada di dalam permainan
Bola disepak pemain pasukan menyerang
Penyepak tidak memainkan bola buat kali kedua sehinggalah ia disentuh pemain lain
SEPAKAN PENALTI
Kedudukan Bola : Diletakkan di tanda penalti
Penjaga gol pasukan bertahan : berada di atas garisan gol, menghadap penyepak, di antara tiang gol sehingga sepakan dibuat
Pemain-pemain selain penyepak berada :
di dalam padang permainan
di luar kawasan penalti atau sekurang-kurangnya 10 ela dari tanda penalti
Pengadil tidak akan memberikan isyarat untuk sepakan penalti diambil sehinggalah semua pemain berada di tempat menurut undang-undang.
Sekiranya semasa sepakan hendak dibuat, pemain yang melakukan sepakan didapati melanggar undang-undang permainan :
pengadil membenarkan sepakan diteruskan
jika bola masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula
jika tidak masuk, perlawanan diteruskan
Sekiranya penjaga gol yang melanggar undang-undang :
pengadil membenarkan sepakan diteruskan
jika boola masuk ke dalam gol, jaringan dibenarkan
jika bola tidak masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula
Sekiranya penyepak menyentuh bola buat kali kedua sebelum bola disentuh pemain lain, sepakan percuma tidak terus diberikan kepada pasukan lawan.
LONTARAN KE DALAM
Gol tidak boleh dijaringkan terus menerusi lontaran ke dalam
Lontaran ke dalam diberikan apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi sama ada di tanah atau udara, dan lontaran diberikan kepada pasukan lawan, pemain yang akhir sekali menyentuh bola dari tempat di mana bola melintasi garisan tepi itu.
Prosedur
Semasa melakukan lontaran, pemain yang membuat hantaran ke dalam mestilah :
Menghadap padang permainan
Sebahagian dari kakinya berada di atas garisan tepi atau di luar garisan tepi
Menggunakan kedua-dua pasukan
Melontarkan bola dari belakang melalui atas kepalanya
Pelontar tidak boleh menyentuh bola semula sehinggalah ia disentuh pemain lain
SEPAKAN GOL
Sepakan gol adalah salah satu cara untuk memulakan semula permainan, dan gol boleh dijaringkan terus menerusi sepakan gol, tetapi terhadap gol pasukan lawan.
Suatu sepakan gol diberikan apabila keseluruhan bola yang akhir sekali disentuh pemain pasukan menyerang, melintasi garisan gol sama ada di tanah atau udara.
Prosedur
bola disepak dari mana-mana tempat di dalam kawasan gol oleh pemain pasukan bertahan
semua pemain lawan berada di luar kawasan penalty sehingga bola berada dalam permainan
penyepal tidak memainkan bola buat kali kedua sehingga ia disentuh pemain lain
bola dikira berada di dalam permainan sebaik sahaja ia disepak melepasi garisan gol
Jika bola yang disepak tidak melepasi kawasan penalty, sepakan dibuat semula.